15 June 2009

Nasi Ayam

Dah lama rasanye takde posting tentang food kan...so hari ni saya nak share recipe nasi ayam honey yang dimasak sabtu lepas...ayam tu saya salut dengan honey, dats why hitam kulitnya...hehe...naufal pelik tengok ayam hitam gitu...saya ada gorengkan drumstick untuk naufal, diambilnye dan diketuk2 atas pinggan...agaknye naufal fikir, kayu ke ayam ni??? haha...


Nasi Ayam Honey


Ayam Honey

1. Tumbuk bawang putih & halia
2. Gaulkan pada ayam
3. Tuangkan honey, sos tiram & kicap ke atas ayam
4. Gaul serata ada ayam
5. Perap ayam dalam fridge
6. Goreng ayam yang telah diperap

Sup Ayam

1. Tumbuk halia, bawang putih & bawang kecil
2. Hiris bawang kecil
3. Tumiskan bawang kecil yang dihiris sehingga kekuningan & diangkat & ketepikan
4. Tumis bahan tumbuk sehingga kekuningan
5. Masukkan ayam yang dipotong kecil
6. Masukkan air & rempah sup bunjut
7. Masukkan carrot atau apa2 bahan yg disukai
8. Tutup api & taburkan daun sup

Nasi Ayam

1. Basuh beras & toskan
2. Tumbuk bawang putih
3. Panaskan minyak dan masukkan planta marjerin
4. Tumis bawang putih sehingga kekuningan
5. Masukkan ayam yang telah dipotong kecil
6. Masukkan beras yang telah ditos
7. Goreng beras sehingga rata (dalam 3-5 minit)
8. Tutup api & masukkan beras yang telah digoreng ke dalam periuk nasi
9. Ambil 5 pot air sup ayam dan masukkan ke dalam periuk nasi (guna pot yg sama semasa sukat beras)
10. Jangan lupa tekan suis...hehe...

* Saya masak 2 pot beras, jadi air sup = 5 pot


TTFN...

No comments: