It's 4 months already n i'm getting better now...the most happiest thing is i can cook rite now...hurrayyyyy...dah tak lalu ok hari2 makan kat kedai...kesian naufal n husband yg dah kurus...hehe...so skrg ni tgh giler memasak...hari2 nak masak...seronok tgk husband n naufal makan berselera...especially bila time makan, naufal kata..."Hmm...shedapppp..." Wahhh...makin bersemangat la saya nak masak kan...hihi...
So ni menu malam tadi...maaf klau pics tak ok sgt coz naufal dah menggelupur lapar nak makan...hihi...dia tepis2 tangan saya yg tgh bz nak snap pics...saya sertakan skali resepi bagi yg nak mencuba... ;)
Ayam Masak Kurma
Bahan A :
Bawang kecil - 5 ulas (hiris)
Bawang putih - 2 ulas (hiris)
Halia (hiris)
Kulit kayu manis, Bunga lawang, Cengkih, Pelaga
Bahan B :
Ayam - 4 ketul
Kentang - 1 biji
Santan - 1/2 biji
Minyak Sapi - 2 sudu
Rempah kurma - 1 bungkus kecil (bancuh dengan air)
Bawang besar - 1 biji dipotong empat
Bawang kecil - 10 ulas (tumbuk)
Bawang putih - 4 ulas (tumbuk)
Halia (tumbuk)
Cili hijau
Cara2 :
1. Masukkan minyak sapi ke dalam periuk
2. Tumis bahan A. Apabila kekuningan, angkat bahan2 ini dan ketepikan.
3. Tumis bahan tumbuk sehingga kekuningan
4. Masukkan rempah kurma yang telah dibancuh dengan air. Tumis sehingga pecah minyak
5. Masukkan ayam dan kentang
6. Masukkan santan
7. Masukkan bawang besar n cili hijau serta perasakan dengan garam. Masukkan semula bahan A yang telah diketepikan tadi.
Kangkung Goreng Belacan
Bahan2 :
Bawang Kecil - 4 ulas (tumbuk)
Bawang putih - 1 ulas (tumbuk)
Udang kering (tumbuk)
Cili merah - 1 biji (tumbuk)
Cili api (tumbuk)
Belacan (bakar then tumbuk)
Kangkung
Cara2 :
1. Tumis semua bahan tumbuk sehingga naik bau
2. Masukkan kangkung
Siap!!!
TTFN...