Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

30 November 2009

Menu Pertama Daging Korban


Daging korban bleh tahan banyak jugak kat dlm fridge tu...pening fikir apa nak masak...nak buat BBQ musim hujan plak...so try masak asam pedas la...1st time try ni, alhamdulillah menjadi...menjadi ikut tekak n selera saya la...hehehehe...saya google 2,3 resepi kat internet, saya compile semuanya...so, inilah hasilnya........

Asam Pedas Daging



Bahan kisar :

Bawang kecil

Bawang putih

Halia

Kunyit

Lengkuas

Buah keras

Belacan

Cili kering


Bahan lain :

Bunga kantan

Serai - dititik

Daun kesum

Daun limau purut

Asam jawa

Tomato

Garam


Cara2 :

1. Tumis bahan yang telah dikisar beserta serai

2. Masukkan daging

3. Masukkan air untuk melembutkan daging. Masak sehingga daging empuk

4. Setelah daging empuk, masukkan air asam jawa, tomato, bunga kantan, daun kesum, daun limau purut

5. Perasakan dengan garam

Notes :

1. Air asam jawa dimasukkan kemudian coz org kata klau masukkan awal nanti daging lambat empuk

2. Ada juga resepi yang menggunakan halba n rempah ratus, saya tak masukkan coz asben tak suka rasanya...hehe...

TTFN...

17 November 2009

4 months

It's 4 months already n i'm getting better now...the most happiest thing is i can cook rite now...hurrayyyyy...dah tak lalu ok hari2 makan kat kedai...kesian naufal n husband yg dah kurus...hehe...so skrg ni tgh giler memasak...hari2 nak masak...seronok tgk husband n naufal makan berselera...especially bila time makan, naufal kata..."Hmm...shedapppp..." Wahhh...makin bersemangat la saya nak masak kan...hihi...

So ni menu malam tadi...maaf klau pics tak ok sgt coz naufal dah menggelupur lapar nak makan...hihi...dia tepis2 tangan saya yg tgh bz nak snap pics...saya sertakan skali resepi bagi yg nak mencuba... ;)


Ayam Masak Kurma

Bahan A :

Bawang kecil - 5 ulas (hiris)

Bawang putih - 2 ulas (hiris)

Halia (hiris)

Kulit kayu manis, Bunga lawang, Cengkih, Pelaga


Bahan B :


Ayam - 4 ketul


Kentang - 1 biji


Santan - 1/2 biji


Minyak Sapi - 2 sudu


Rempah kurma - 1 bungkus kecil (bancuh dengan air)


Bawang besar - 1 biji dipotong empat


Bawang kecil - 10 ulas (tumbuk)


Bawang putih - 4 ulas (tumbuk)


Halia (tumbuk)


Cili hijau


Cara2 :


1. Masukkan minyak sapi ke dalam periuk



2. Tumis bahan A. Apabila kekuningan, angkat bahan2 ini dan ketepikan.


3. Tumis bahan tumbuk sehingga kekuningan


4. Masukkan rempah kurma yang telah dibancuh dengan air. Tumis sehingga pecah minyak


5. Masukkan ayam dan kentang


6. Masukkan santan

7. Masukkan bawang besar n cili hijau serta perasakan dengan garam. Masukkan semula bahan A yang telah diketepikan tadi.





Kangkung Goreng Belacan

Bahan2 :

Bawang Kecil - 4 ulas (tumbuk)

Bawang putih - 1 ulas (tumbuk)

Udang kering (tumbuk)

Cili merah - 1 biji (tumbuk)

Cili api (tumbuk)

Belacan (bakar then tumbuk)

Kangkung

Cara2 :

1. Tumis semua bahan tumbuk sehingga naik bau

2. Masukkan kangkung

Siap!!!

TTFN...

15 June 2009

Nasi Ayam

Dah lama rasanye takde posting tentang food kan...so hari ni saya nak share recipe nasi ayam honey yang dimasak sabtu lepas...ayam tu saya salut dengan honey, dats why hitam kulitnya...hehe...naufal pelik tengok ayam hitam gitu...saya ada gorengkan drumstick untuk naufal, diambilnye dan diketuk2 atas pinggan...agaknye naufal fikir, kayu ke ayam ni??? haha...


Nasi Ayam Honey


Ayam Honey

1. Tumbuk bawang putih & halia
2. Gaulkan pada ayam
3. Tuangkan honey, sos tiram & kicap ke atas ayam
4. Gaul serata ada ayam
5. Perap ayam dalam fridge
6. Goreng ayam yang telah diperap

Sup Ayam

1. Tumbuk halia, bawang putih & bawang kecil
2. Hiris bawang kecil
3. Tumiskan bawang kecil yang dihiris sehingga kekuningan & diangkat & ketepikan
4. Tumis bahan tumbuk sehingga kekuningan
5. Masukkan ayam yang dipotong kecil
6. Masukkan air & rempah sup bunjut
7. Masukkan carrot atau apa2 bahan yg disukai
8. Tutup api & taburkan daun sup

Nasi Ayam

1. Basuh beras & toskan
2. Tumbuk bawang putih
3. Panaskan minyak dan masukkan planta marjerin
4. Tumis bawang putih sehingga kekuningan
5. Masukkan ayam yang telah dipotong kecil
6. Masukkan beras yang telah ditos
7. Goreng beras sehingga rata (dalam 3-5 minit)
8. Tutup api & masukkan beras yang telah digoreng ke dalam periuk nasi
9. Ambil 5 pot air sup ayam dan masukkan ke dalam periuk nasi (guna pot yg sama semasa sukat beras)
10. Jangan lupa tekan suis...hehe...

* Saya masak 2 pot beras, jadi air sup = 5 pot


TTFN...

19 March 2009

Singgang Ikan

Semalam saya juz masak simple coz balik lambat dr ofis...lagipun asben demam plus ada tonsil, so menu kena la sesuai dgn org sakit kan...hehe...saya masak singgang ikan coz lately ni bila jenguk blog ceera asyik la dok sebut pasal singgang...sampai saya pun tetiba mengidam nak makan singgang ikan...saya pernah makan beberapa jenis singgang coz cara masak berbeza ikut negeri...disebabkan saya keturunan johor, so my cooking style ala2 johor sket la ek...sebut johor je tetiba trus kuar "ekkk"...hiksss...kat bwh ni saya selitkan resepi for those who would like to try...



Menu : Singgang Ikan


Bahan-bahan :

Bawang besar (hiris)
Bawang putih (hiris)
Halia (hiris)
Kunyit hidup (hiris)
Cili merah (hiris)
Cili api (hiris)
Asam keping (yg ni tak perlu hiris ye puan2...hehe)
Garam secukup rasa

Cara - cara :

1. Masukkan bahan2 yg dihiris ke dalam periuk yg berisi air
2. Apabila mendidih, masukkan garam, asam keping dan ikan ke dalam periuk
3. Siap!!!

Tips :

1. Kunyit hidup jgn letak byk sgt ye puan2, nanti rasa payau plak
2. Kalau kuah kurang kuning, bleh tambah sket serbuk kunyit, sket je ye...


Saya sertakan sekali set menu saya malam tadi...simple je utk 2 org makan...selain singgang, saya masak sup sayur (yg ni menu utk naufal) & tak lupa juga my favorite...ulam tenggek burung cicah sambal belacan...nape ek nama ulam ni tenggek burung? Maybe coz burung suka bertenggek kat pokok ulam ni kot???? hehe...

TTFN...